Monday 18 March 2013

Ujian tanda Allah Rindu Kita


Assalammualaikum
selamat petang sahabat-sahabatku
sedang buat apa ?
menelaah pelajaran ataupun sedangkan melepaskan tension setelah suntuk melihat buku ...hehehehehe
buat sahabat yang ada paper besok jangan susah hati sebab kita dah usaha kan
so apa-apa kita perbanyakan doa kita kepada Allah yang senantiasa tunggu doa kita .

erm...untuk entry kali nie  ana nak celoteh pasal pernah tak kita kalau dapat ujian kita gembira dan bersyukur....??? cer tanya diri kita
tapi apa yang ana boleh boleh katakan tidak ramai yang ditimpa ujian mereka akan senyum dan bersangka baik pada Allah .
senang cerita ada si fulan nie pernah satu hari tak ambil test waktu tu memang punya kalut
dan time tu boleh pulak sifulan nie cakap dalam hati dia kenapalah mesti mcm nie?
ha ...dah nampak kat situ kita bersangka buruk kat Allah eeee kejam nye hati waktu
tapi sifulan nie cepat-capat istighfar balik dan tidak bersangka buruk pada Allah
sampai je kat tempat menimba ilmu  si fulan pon redha tapi dia still menangis
kenapa yer?
sebabnya dia kata "AKU MENANGIS SEBAB KALAU AKU BUAT DOSA MCM TINGGAL SOLAT ATAU PUN SEBALIKNYA AKU TAK PERNAH MENANGIS BAGAI NAK RAK MCM SEKARANG NIE SEBAB AKU HANYA TINGGAL TEST JE....pas tu DAH LAH AKU SANGKA BURUK KAT ALLAH .
ha itulah kata yang sempat dirakam...

biarlah diri menjadi puteri yang ridukan kasih tuhan .


 kalau ikut kan kita memang kadang-kadang tidak bersyukur dengan nikmat Allah
bahkan meminta lebih tanpa mahukan kesusahan dan langsung tidak mengingati Allah
apa lah diri ini...... tak boleh  ke diri nie bersyukur?
ketuklah hati kita supaya tersentak dari khayalan semata-mata

sahabat-sahabat nak tahu apa punca utama kepada seseorang itu gagal menerima ujian dari ALLAH ialah
 kerana dia tidak memandang masalah itu sebagai ‘hadiah’ dan ‘pengiktirafan’ dari ALLAH s.w.t kepadanya untuk ‘dinaikkan pangkat’ disisi ALLAH s.w.t sebaliknya memandang masalah tersebut sebagai ‘bala`’ atau ‘malapetaka’.Ternyata persepsi tersebut adalah salah.
 sampai macam tu sekali kita sanggup mengatakan yang ujian Allah bala dan malapetaka . nauzubillahminzalik

Ana ada selitkan satu kata-kata ALLAH pada kita yang mana perlu ke kita persoalkan lagi sedangkan ALLAH dah menjawab persoalan kita

 maksudnya:“Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?”(Quran 29:2)

tengok sahabat dah terang lagi bersuluh Allah tegur kita tapi ....?????
persoalkan semula pada diri kita 
patutkah kita masih bersangka buruk dengan ujian Allah .

sahabat untuk pengetahuan kita 
pada zaman rasulullah sahabat-sahabat baginda risau sekirannya tidak mendapat ujian 
tapi kita kalau tidak ada ujian ......senyum hingga ke telinga sama lah juga macam diri nie

 Sahabat.


Tanda seseorang itu beriman dan dikasihi ALLAH s.w.t ialah dia sentiasa diuji dengan pelbagai masalah dan dia sentiasa mengadu kepada ALLAH s.w.t akan masalah yang dihadapinya yang menyebabkan dia merasakan tiada pertolongan kecuali daripada ALLAH s.w.t semata-mata.Orang yang mempunyai masalah dan redha,sebenarnya tiada masalah dengan ALLAH s.w.t.,kerana itulah tanda kasih sayang ALLAH s.w.t untuk mengangkat darjatnya di syurga,sebaliknya orang tidak dihimpit masalah dan hanyut dalam kesenangan hiduplah yang mempunyai masalah dengan ALLAH s.w.t.


Mereka tidak merasa akan manisnya iman kerana kemewahan menyebabkan mereka lupa untuk bersyukur dan juga mereka tidak pernah menangis kerana ALLAH s.w.t. Semakin besar ujian seseorang maka semakin tinggi darjatnya disisi ALLAH s.w.t.


RasuluLLAH s.a.w juga diuji walaupun baginda kekasih Allah 

RasuluLLAH s.a.w. turut diuji oleh ALLAH s.w.t. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan kekasih ALLAH. Dalam gerak kerja untuk menyelamatkan ummah dari kegelapan, RasuluLLAH diuji dengan pelbagai ujian oleh ALLAH s.w.t Yang Maha Penyayang.RasuluLLAH dilempar najis, diletakkan perut unta yang disembelih ketika Baginda sedang sujud, diboikot oleh saudara sendiri, diancam bunuh, kehilangan 2 orang yang tersayang sekaligus iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib pada ‘tahun kesedihan’ dan sebagainya. 

Kalau insan semulia RasuluLLAH s.a.w pun diuji tanpa merungut dan redha, mengapa kita pula merungut dan tidak redha dengan ketentuan ALLAH..? Siapa kita..? Adakah kita lebih mulia dari RasuluLLAH..?! Tidak..!! Kita cuma insan dhaif yang dipenuhi dosa..! Lebih-lebih lagi, ujian merupakan hadiah yang paling bermakna daripada ALLAH s.w.t namun kita gagal untuk memahami akan hakikat ini.

Gembiranya sahabat menerima ujian Allah

Sebaliknya kita harus bersyukur kerana ditimpa ujian oleh ALLAH s.w.t,gembira dan redha.Apabila ditimpa sebarang ujian dan musibah katakan dalam hati,"ini tanda ALLAH sayang padaku,terima kasih ALLAH..".

Pandanglah sesuatu itu dari ALLAH s.w.t,termasuklah masalah yang dihadapi dan berusaha sedapat mungkin menyelesaikan masalah tersebut kemudian bertawakkal dengan keyakinan bahawa orang yang bertawakkal akan sentiasa dibantu oleh ALLAH s.w.t.

Saiyidina Umar Al-Khattab r.a,pernah satu hari ditegur kerana beliau kelihatan cukup sedih,ditanya oleh para sahabat ridwanuLLAHi `alaihim mengapa beliau sedih dia mengatakan
“hari ini aku belum lagi diuji oleh ALLAH s.w.t..aku takut andai ada aku melakukan kesilapan sehinnga aku tidak ditimpa ujian..”

Didalam satu lagi peristiwa berasingan,Saiyidina Umar Al-Khattab r.a terjatuh dari kuda yang menyebabkan kepalanya berdarah.Beliau tersenyum sambil menadah tangan bersyukur,para sahabat berasa aneh dengan peristiwa tersebut bertanya kepada Umar r.a akan perihalnya itu.

jawab Umar r.a”bagaimana aku tidak bersyukur dengan kasih sayang yang telah ALLAH tunjukkan kepada ku..?


SubhanALLAH..,betapa tingginya iman Umar Al Khattab r.a,beliau redha dengan seikhlas hati malah bersyukur dengan ujian yang dihadapi dan berasa bersalah seandainya tidak menerima ujian oleh ALLAH s.w.t..
ALLAH love us.so don't worry
wahai sahabatku 
cuba kita bayangkan setiap masa ALLAH merindui kita dengan memberi kita UJIAN 
namun kita melemparkan rindu ALLAH itu bagaikan satu beban yang tidak sepatutnya kita yang memikulnya 
sedih hati ini kadang-kadang mengabaikan rindu sang pencipta pada hambanyya 
ala ...macm kalau kekasih rindukan kekasihnya
bagaimana ekspresinya mestilah dibalas dengan seribu kemanisan 
so ...mcm tulah juga kita nak balas rindu ALLAH 
dengan gembira menerima ujian bagaikan menerima ketenangan yang abadi.


 erm....ana rasa mungkin sampai sini kota entry kali nie
harap sama -sama kita muhasabah diri nie serta sahabat-sahabat juga
jangan lupa senyum kalau ada masalah itu tanda ALLAH sedang rindu kita
dan tempuhi nye dengan baik
semoga ALLAH  mendengar luahan hati nie .:)

 wallahualam
ASSALAMMUALAIKUM :)

Saturday 16 March 2013

keindahan menjadi insan GHURABA'

Hari Nie banyak betul entry ana ....
sedangkan besok nak final
ya Allah
tak pe hilangkan tension kita berceloteh kat dalam nie jap...hehehehe


Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: 

“Islam bermula dalam keadaan asing (gharib), dan akan kembali di anggap asing sebagaimana bermula. Maka beruntunglah orang-orang asing itu(ghuraba).” 

(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, juga dari Ibnu Umar)




Apa itu Ghuraba?

Sebelum saya meneruskan apa yang mahu saya kongsikan, saya mahu menerangkan sikit apa itu Ghuraba'.
Maksud dari segi bahasa bermaksud dagang tetapi dalam hadith membawa maksud asing, janggal, pelik.
dan kalau ikutkan banyak lagi hadith yang menerangkan takrifan tentang ghuraba.


 kadang-kadang sedih juga orang memandang kita pelik
ada jugak yang terkejut tengok kita
tapi tak pe mereka tak memahami
ana pegang kata-kata rasulullah pada malaikat
sewaktu rasulullah nak ke thoif waktu tu penduduk kat situ baling batu kat baginda sampai bertakung darah kat dalam kasut baginda dan berkocak tapi baginda still cool
kalau kita ...entah apa akan kita lakukan .

permulaan itu sangat pedih rasa ingin putus asa tapi Allah tak suka orang putus asa
so kita kena kuatkan diri walau macam manapon
kalau kita tengok kat luar sana
banyak manusia yang tidak malu menjadi tontonan umum
tapi kalau buat sesuatu yang islam suka semua nampak pelik
jengkel. ........eeee takutnya macam hantu

kalau orang bukan  islam it's oklah
tapi orang islam sendiri
mana nilai islam dalam diri setiap hamba tu
 mugkin mereka pon tak faham kot?
 tapi tak pe ana ada dua video yang ana nak tunjukkan tentang insan ghuraba' nie
 PERHATIAN !!!nanti jangan lupa stop dulu muzik kat bawah dulu nanti tak tahu mana satu nak dengar


 maaf yer sahabat-sahabat vidoe nie yang ana dapat post tapi yang satu lagi video nie pelajar dari malaysia yang duduk di kanada ,ni link dia : http://youtu.be/ZyTGY7wmIjo.
TONTONLAH walaupun sedikit .hehehehee

 so ana rasa sukup kot
nak sambung study semula
esok nak final satu hape pon tak sentuh
asif yer sahabat-sahabat

ASSALAMMUALAIKUM






UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA

LIRIK LAGU

Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar.

Hari yang indah,
senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhuwah kita.

Berpesan mengingati,
dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.

Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulallah dan sahabat.

*Kita laungkan Allahuakhbar Allah Maha Besar,
  Seiring sehaluan satu cita dan impian,
  Susah dan senang kita tempuhi bersama,
  Bertemu berpisah kerana Allah.

Demi satu kejayaan,penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,

Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.
Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Berbahagia untuk selamanya insyaAllah.
(ulang *)

Allahuakhbar, Allah Maha Besar,

Lailahaillallah. (2x)

(ulang *)


PERHATIAN!!!!!! jangan lupa klik stop dulu muzik bawah tu dulu yer......baru dengar dan ikut


untuk entri hari nie pasal ukhwah uhukksss.....
terjaga tak ukhwah kita dengan sahabat
tahu tak dia suka buat apa?
apa amalan dia buat setipa hari?
dia tak suka apa?
dan apa-apa yang ada mengenai sahabat kita ?
APA!!!!
TAK TAHU
susah kalau mcm tu ...
cuba kita lihat lirik kat atas tu saje je ana letak untuk tontonan umum.hehehehehe :)

kalau kita tengok persahabatan rasulullah dengan sahabatnya sangat hebat 
sebut pasal rasulullah teringat kat baginda,rindu pon ada rasa macam ada dekat je dgn kita 
ermm....baginda memang dekat dengan kita tapi kita je tak sedar
selawat....selawat....selawat
tapi takkan selawat je tak cukup .
eh nak citer pasal ukhwah 
kisah baginda yang terkeluar yelah sebab baginda sangat hebat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Tidaklah sempurna iman seseorang di antara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

ha... tengok sahabat-sahabat kalau ukhwah kita tidak jaga maka tak sempurnalah iman kita.
kalau citer pasal ukhwah nie

ceR tengok gambor sahabat kAT Rfc tapi ana tidak ikut
sedih tapi suka yelah waktu tu banyak malaikat datang menaungi ikatan persahabatan itu
gambar nie dapat dalam facebook je
 maaflah ye ana publish gambar nie .

subhanallah......sweet moment




 tapi ada juga ukhwah yang menginsafkan kita
mahu tak kita terima kawan kita yang dah melakukan dosa besar
apa perkataan yang akan kita keluarkan pada mereka positif atau negatif.
adakah waktu itu kita yang dikenal sahabat ataupun kawan yang akan memberi sokongan dan kekuatan pada mereka
pembetulan..... KAWAN dan SAHABAT lain yer :)
ana citer nie sebab ada hamba Allah nie die buat program di satu tempat yang ana anggap adalah sangat mulia yang selama ini di anggap hina oleh masyarakat
tapi ukhwah mereka SUBHANALLAH....osem
kalau nak bandingkan ana nie ,hermmm
mereka mampu mengenal sahabat mereka dengan tulisan sahaja
kalau ana entohlah..
tapi waktu nak pulang tu ...ya ALLAH sedih nyer rase macam
dah bersahabat lamanya
tapi tak pe ana selalu doakan sahabat-sahabat ana
sebab ana pon tak sempurna

nie foto waktu ana dan sahabat kat sana .foto sahabat yang kat sana unlimited tapi hati mereka sangat suci berbanding ana .

semoga ukhwah kita berkekalan 




erm...rasa sampai sini dulu kot entry hari nie .
banyak lagi sebenarnnya tapi simpan dulu
nanti ada masa lagi ana kongsi
asif yer sahabat-sahabat

 ASSALAMMUALAIKUM





لاْخوان المسلمون

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina


Apa kita kenal dengan erti perjuangan .....
mengapa ana meletak logo ini
tanpa cetusan daripada mereka para syahidullah
yang memegang Al-quran dan sunatullah
mungkin kita bagaimana ?
bagaimana yang Rasulullah s.a.w lakukan ,bawakan dan tuturkan
kepada kita
andai saat ini masih kita tidak mengenal siapa mereka ini
ayuh kita sama -sama melihat secara ringkas sejarah tertubuhnya persatuan ini.


Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam   yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM  tersebar ke seluruh dunia.
Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.
Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan
.
ADik beradik HAB adalah
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.
Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)
Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)
Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.
Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)
Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.
Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.
Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.
Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib


Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -
1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
2. Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab
3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan Islam
5. Bebas tanah air daripada kuasa asing
6. Satukan negara-negara Islam
7.Panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah


Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah

PIMPINAN IKHWANUL MUSLIMIN


1.Hassan Al Banna (1928-1949)


2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)


3.Umar Tilmisani (1972-1986)


4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)


5.Mustafa Masyhur (1996-2002)


6. Ma’mun Al-Hudaibi (2002-2004)



7. Muhammad Mahdi Akif (2004 – current)


Wahai para pemuda kita bangkitlah dari kegembiraan dunia kita
sedangkan mereka ini pada zaman remaja nya dihabiskan untuk perjuangan
menegakkan agama Allah
Adakah kita tidak mencemburui masa remaja mereka ?

sampai sini je kot entri ana ....lagipon ana salin dan tampal je pada supaya kalau ana buka blog nie tidaklah menceritakan sesuatu yang sia -sia
apa -apa pon asif jiddan yer sahabat-sahabat diatas kekurangan

ASSALAMMUALAIKUM.

Thursday 7 March 2013

Mengapa Manusia Mudah Melakukan Zina?



wajah tertunduk terbayangkan dosa yang baru sahaja dilakukan.Apa yang dilakukan si fulan nie yer?
kita pun tertanya-tanya.
ZINA!!!
WHY???
dengan sape?
penyesalan memang terjadi di belakang hari .saat itu Nasi sudah menjadi bubur.maka apa yang mampu si fulan ini lakukan ialah menangis dan menyesal atas kejadian itu.
RELA KE TIDAK RELA?
mestilah atas kerelaan diri si fulan.akan tetapi manusia itu tidak lari dari membuat kesalahan namun kenapa begitu mudah manusia ini tergoda untuk melakukan zina .
manusia menaggap zina itu adalah perkara biasa.
Apabila di suruh bernikah liat .WHY?
Tepuk dada tanya hati kita. Mungkin sebab orang takut nak pikul tanggunjawab .
permasalahan itu yang menyebabkan anugerah Allah itu ditinggalkan sana dan sini .


comel kan di senyum  ^_^

Tidak di nafikan manusia ini nafsu bagaikan kuda liar tapi AWAS!! apabila kuda liar diteruskan menjadi liar mungkin segala apa yang ada disisinya akan diterkam.
Bagaimana hubungan dengan ALLAH?
Ha! itu lah problem nye kalau  hubungan dengan Rab pon tak di ikat macam mana nak tambat kuda liar(nafsu)
Kenapa kita nak khianat pada Allah ?
sebab saya hebat ....
saya ada segalanya........
kecantikan.....
harta......
tapi kita tidak ada apa Allah mahukan
masih tidak rasa apa-apa
itu ada problem lah kalau kita tidak terasa apa yang kita lakukan ini salah
INGAT!!! ini ALLAH kata bukan direka .pegang ayat nie elok-elok

Firmannya:


 وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون

Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.(surah Az-Zariyat:56)

kalau kita rendah diri selalu muhasabah diri kita akan FOLLOW ayat nie dan tidak akan khianat
tapi kalau kita rasa kita tinggi diri selalu bangga diri hah.. UNFOLLOW lah ayat nie. 

cukup kot untuk hari nie .nanti kita sambung lagi 
jagalah maruah kita jangan sampai jadi hamba kepada nafsu nanti SYAITAN ketawakan kita .

Assalammualaikum...