Wednesday 14 August 2013

aku tidak layak.siapa kata?

Assalammualaikum ...
banyak nya nak celoteh hari nie
sebab rasa seronok sangat .Alhamdulillah
entry nie simple tapi mungkin boleh membuka kembali bagi mereka-mereka yang menyempitkan mindanya.

kamu cantik lah kalau pakai macam ni,nampak ayu je sejuk mata memandang
apa kata kamu teruskan pakaian mu sebegini(senyum)

ish ,,tak nak lah kita mana layak nak pakai macam nie
nanti orang kata hipokrit
tahu jelah mulut manusia nie(sedih)

wahai sahabat ku mulut manusia kalau kita gam dengan gam gajah pun mereka tetap boleh berkata
lainlah mulut tempayan kita boleh tutup . tapi tak mengapa kita abaikan perkara itu . kita tahu kamu yang menanggung keperitan itu tapi kamu sanggup tanggung dihadapan Allah nanti .
aku lemah sahabatku ,aku tak mampu buat apa-apa ,aku pun banyak kisah silam dahulu tapi percayalah setiap kebaikan yang dilalui dengan kepedihan ada manisnya sebab ALLAH KAN ADA.

berbicara mudah lah ,yang menanggung kita bukan kamu
kita tak kuatlah orang caci kita dan umpat kita
lainlah kamu memang  kuat dan tahan kalau orang caci .

sebab apa aku kuat sebab aku ada DIA
kamu tak yakin pada dia ke sahabatku(sedih)
apa yang aku mampu teruskan berdoa
abaikan cacian manusia
mereka tiada apa
yang ada pada kamu sebutir mutiara yang berkilau yang patut kamu pagari dan kamu jaga sebaiknya
sahabatku kalau kamu sudi teruskan perjuangan untuk mencari petunjuknya.

kenapa kamu menitiskan air mata
sebab aku dicaci dengan cara perubahan ku
mereka kata itu dan ini

sahabatku kamu tak sedih ke melihat kasih sayang Allah yang kita semua dustai
kerana kita terlampau mendengar kata manusia dari seruan ilahi.?

aku tak paksa kamu tapi aku sayang sahabat yang Allah kurnia kelebihan yang serba sempurna
maka jangan kamu siakan peluang itu.

ANDAI HARI INI PELUANG TERAKHIR KITA
DAN ESOK KITA TIDAK AKAN BERJUMPA LAGI
SEMPATKAH KITA BERUBAH ,TERTANGGUH KERANA MANUSIA MAHUPUN MENGIKUT KEHENDAK HATI YANG BERKATA BELUM SAMPAI MASA .
KALAU BEGITU TETAPKAN BILA WAKTU ITU?


 CANTIK NYE WANITA SOLEHAH ....SEMUA SAHABAT AKU BOLEH JADI SEPERTI INI



wallahu'alam.






wah ! Indahnya solat

Assalammualaikum.
Apa khabar iman .?
Alhamdulillah semua sahabat ok.nice and Allah always protect us
kali nie entry simple je tapi ada makna yang sangat besar untuk selama ini kta abaikan dan pandang ringan .
cuba kita fikir sejenak kalau kita cakap bahasa melayu dekat orang asing .mereka faham tak ?
tentulah tak faham
macam tulah kita tapi itu bukan alasan untuk kita berputus asa .
satu lagi bila kita jumpa sesuatu yang kita sayang mesti dengan penuh pengharapan dia akan balas kasih sayang itu dengan setulus hati sebab kita buat sungguh-sungguh.
so,why not kalau kita jumpa Allah kita buat benda yang sama .
ALLAH adalah satu-satunya tempah kita bergantung
ALLAH SELALU RINDU KITA
ALLAH SELALU LINDUNG KITA
ALLAH SELALU NAK DENGAR PERMINTAAN KITA
ALLAH SELALU TUNGGU KITA
ALLAH SANGAT CINTA KITA ......
tapi SEDIH KAN
KITA JUMPA ALLAH KITA SAMBIL LEWA
KITA JUMPA ALLAH TAK SEINDAH KITA JUMPA KEKASIH KITA
KITA JUMPA ALLAH LANGSUNG TAK ADA RASA RINDU,CINTA ,SAYANG.
KITA JUMPA ALLAH PON BERKIRA WAKTUNYA .
so .macam mana kita nak rasa perhubungan itu.maka jagalah solat kita dengan sungguh-sungguh pelajari ilmu solat dengan lebih mendalam dan mengerti apa kita ucapkan dalam solat kita .
so ,ana rasa gambar nie menarik dan boleh bantu kita insha Allah tapi bukan secara keseluruhan tapi sekurang-kurangnya kita cuba sedikit

















 


Mungkin ini saja yang mampu . yang lain boleh dipelajari bersama mereka yang lebih arif dan jangan bersumberkan internet je belajar agama kerana ianya belum pasti sama ada sahih atau sebaliknya

WALLAHUA'ALAM..........:) mencari Mardhotillah