Saturday 29 June 2013

Ku Ingin Jumpa Dengan Insan Ini.?

Assalammualaikum
untuk entry kali ni ana nak share pada sahabat tentang siapa yang ana ingin jumpa .siapkah insan itu?
walaupun jauh di mata namun dekat di hati
Beliau bukan malaikat namun beliau insan biasa yang sangat taat dan tawadho' kepada Allah dan rasul.Bila ana tengok wajah beliau ana rasa sedih dan terharu dan tahap ingin jumpanya secara realiti adalah sangat menebal namun rindu pada Allah dan Kekasih Allah adalah paling utama .
Ana hanya dapat melihat bual bicara dan fotonya hanya melalui internet mahupun sekeping kertas sahaja . sikap beliau yang  sederhana dan merendah diri membuat semua orang menyenanginya . bila difikirkan betapa untungnya mereka yang mudah berjumpa dengan beliau .namun akan ku kecapi impian ku tidak lama lagi bersama Nur Atiqah Zulkifli dan sahabat yang lain .doakan Aku.


                                                 RESPECT HIM : TUAN GURU NIK AZIZ

Beliau merupakan pemimpin yang sangat zuhud dan merupakan contoh kepada pemimpin lain . bila bertemu dengan ulama' ianya sedikit sebanyak memuhasabah diri kita mengenangkan dosa yang pernah kita lakukan .Ini baru ulamak belum rasulullah mungkin tak terkata dek mulut ini hanya mampu menadah syukur. 'Ya Allah Ampunilah hambamu ini yang banyak melakukan dosa kepada MU '.

oklah sampai sini saja entry kali nie .harap sahabat doakan untuk berjumpa dengan insan ini
maaf kalau tersilap dan salah
wallahu'alam
Assalammualaikm












Friday 21 June 2013

KAMI memang BUDDYZ

Assalammualaikum .soba alkhoir
untuk entry kali simple tapi ada maknanya
untuk petama kalinya pertemuan bersama kakak usrahku bagi mengeratkan lagi ukhwah antara kami setelah 2 bulan terpisah kerana kami mengalami cuti yang panjang ...hehehehehe
apabila pertemuan bersambung semula walaupun Allah memisahkannya sebentar namun hati tetap rindu pada kumpulan itu .tanpa petunjuk Allah mungkin aku tidak kenal usrah itu apa sebenarnnya
maka bagi mereka yang subdah lama berpeluang mengikut BULATAN GEMBIRA itu manfaatkanlah selagi ALLAH masih tidak mengambil nyawa yang sebenarnya memang bukan milik kita akan tetapi ianya sebagai satu bekalan pada kita di sana NANTI.



 dari kiri : kak azie(master usrah),huda,balqis,wahida.fatma and yang snap pic tuan punya blog.




 inilah hope & goal usrah kami..insyaALLah ini kalilah !




 Alhamdulillah ini adalah bidadari syurga keindahan yang Allah berikan .




        kerana tahap malu yang tersangat maka jadi tapak tangan sebagai pelindung diri ....hehehehe


selamat berusrah pada sahabat lain dan jangan lupa berkongsi ilmu yang ada walaupun sedikit namun darjatnya di sisi Allah sangat besar.InsyaAllah ini sahaja entri kali ini .wallahu'alam
assalammualaikum


Wednesday 12 June 2013

pulau pangkor

Assalammualaikum
entry kali simple je tapi bermakna buat keluarga tercinta 
di saat Allah memberi kita masa maka manfaatkanlah bersama insan yang disayangi
kita manusia Allah beri kita mata dan pendengaran serta deria rasa untuk merasai segala ciptaannya
baik yang dekat mahupun jauh nun di mata tapi dekat di jiwa.
taktala orang lain pergi bercuti di luar negara biarlah diri ini bersama keluarga ke sebuah pulau namanya PANGKOR ISLAND. bukan paris or Los Angeles....simpanan setahun pon belum tentu dapat pergi . Namun diri ini tetap bersyukur kerana Allah masih beri peluang lagi pada hambanya ini untuk melihat kebesarannya .SUBHANALLAH.TERIMA KASIH ALLAH .
itu sahaja yang mampu ku ucapkan .

Sambil bermadah ku selitkan foto-foto indah bersama keindahan ciptaan yang Maha Esa.
untuk pengenalan entry nie gambar yang paling sweet dan cute yang Allah anugerahkan padaku ialah
mak(omoni) dan ayah(bapak).oklah tu
bila terkenang gambar nie betapa sayangnya Allah pada kita
Allah tak pernah biar kita hidup keseorangan dan kesunyian
tapi kita manusia tak pernah bersyukur
let say,mesti akan cakap. I sunyi lah ....I perlu seseorang untuk mengisi ruang ini .
tapi kita lupakah ada orang yang selama ini telah berkorban demi jiwa dan raganya untuk  kekosongan itu .
hohohohohoho nada mesti serius sebab peringatan buat diri ini!!!!

ini lah couple yang mesti anak muda dan mudi contohi halal dan suci .insya-Allah till jannah

 time nie mak dan ayah atas bot nak berlepas ke pangkor (gambar belah kanan) so sambil tu mak tunjuk sesuatu kat ayah and ayah pon tengok .apa mak cakap "wah,kita dah sampai!.ayah pon membalas"ala ingat apa lah tadi . hehehehehe.mak biasalah suka buat ayah suspens tapi ayah iya kan aje.Allah merancang segala kebaikan buat kita tapi keburukan pun Allah rancang supaya kita merinduinya.TILL JANNAH both of mak & ayah.


pengembaraan seterusnya di atas bot ada jugalah snap foto-foto yang menarik di sepanjang laluan menuju ke pulau pangkor
tiket untuk menaiki bot pangkor atau ada pelbagai jenama : RM 10
masa: 30-45 minit(anggaran)






ini pon ana tangkap untuk di lihat dan di pandang sambil tu kita fikir kebesaran Allah yang  terbentang luas buat hambanya







keindahan laut dipayungi dengan awan yang kebiruan mencantikan lagi suasana,ditambah pula dengan manusia-manusia yang menikmati nikmat mu itu yang robb bersama angin sepoi-sepoi bahasa.(bukan sepoi-sepoi bahasa dah. rasa ditiup angin boleh tumbang) 

destinasi yang dituju sudah sampai iaitu jeti pulau pangkor. kawasan nelayan melabuhkan bot serta ada jugalah rumah-rumah kecil.

next apa yang perlu dibuat ialah mencari kenderaan untuk pusing-pusing satu pangkor antara:
bus(saiz van) : rm 1 yang mana dia akan kutip kat mana kita tahan dia .:) bus tu warna pink.
motor : rm 10-rm20(anggaran)
masa:(per jam tak pasti berapa jam)????maaf
kerete:bmw,mercedes,ferrari(sebenarnya kereta biasa jer)  : rm 100 untuk 3 jam (mahal jugak).




Alhamdulillah dapat kereta kita mulakan checkpoint yang pertama iaitu meronda satu pangkor.agaknya apa lagi yang tersembunyi di sebalik kejadian alam semester ini.Ayuh!

                             inilah keindahan yang ada di pulau ini ....tenang ....subhanallah

SNAP-SNAP

 memang tak fokus sampaikan

  pandangan sisi pulau ini bak air yang hijau dengan dilitupi tumbuhan menghijau

  rindu pada kakak dan sahabat ....ini yang mampu dihadiahkan




CUBA TEKA???


sejenis ikan dan melahirkan anak....

                                  
  boleh duduk darat dan sungai .....pastu makan orang



 bertelur,duduk di laut dan ada cengkerang macam kuali kawah



Marina bay


                                                             sambil berjalan makan buah



alhamdulillah segala kebesaran Allah itu sangat hebat .maka kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini mestilah memakmurkan alam ini dengan sesuatu yang mengingatkan kita tentang kehebatan sang pencipta menghamparkan keindahannya yang tiada siapa mampu menandingi keagunganNYA ...subhanallah

okey,sampai sini dulu entry yang serba kekurangan yang penting maksud yang ada pada entry ini memberi manfaat dan gambaran pada kita semua tentang Allah dan ciptaanya.

assalammualaikum


rehlah di zoo melaka




Assalammualaikum........
rasanya dah lama tak berceloteh dan berkongsi cerita bersama sahabat semua
tak pe kali nie ana nak kenalkan sahabat -sahabat baru ana ....hehehehe
siapakah mereka ????
ana jumpa mereka nie kat zoo ,maklum lah itu kan kediaman tetap mereka
so ana manfaat masa dan waktu yang ada untuk bergambar dan snap posing mereka yang tak berapa nak cute sangat tu.
dalam masa yang sama ana nak juga kita sama-sama  muhasabah diri kita yang kadang-kadang lalai dan alpa dengan material tanpa melihat kehidupan sekeliling kita.betul tak apa yang di katakan???
ask yourself not myself.....everything in your mind not your hand.....
caranya mudah, kita lihat segala ciptaan Allah yang sedap mata memandang .
dengan itu saya mempersembahkan sahabat-sahabat kesayangan anda .


                                                                      si kakak tua

                                                            apa entah nama nya

 binatang paling tertinggi di dunia .....subhanallah. tengok tu dia pandang sini:)


 si bijak pandai sang kancil...pandainya dia posing

 sahabat yang comel



siang tido malam jaga......??


so untuk entry kali ini hanya paparan teman-teman baru saja tapi amat bermakna bagi kita semua kerana ianya anugerah Allah pada kita yang menandakan Allah amat sayang dan kasihkan hambanya.

p/s:tiket ke zoo melaka :RM 10(dewasa) tapi jangan lupa bawa IC.  

assalammulaikum :)