Sunday 13 July 2014

ALLAH, PLEASE HOLD MY HEART

Assalammualaikum
Allahumasoliala sayyidina Muhammad s.a.w 3x

Ayuh sahabat kita istighfar sebentar mengenangkan diri kita yang banyak melakukan kekhilafan terutama kepada maha pencipta.
Bila kita melihat sesuatu yang mampu menenangkan hati itu bermakna ianya hadir kerana Allah itu dekat dengan kita.Setiap perkara mahupun sesuatu yang Allah hadirkan pada kita itu kerana DIA mahu kita melihat apa yang tersirat dan tesurat di sebalik kehadiran yang mendekati pada hambaNYA yang di kasihi. 

semua sahabat aku mahupun ikhwah dan akhowat sekalian fikirkan tentang sesuatu yang mampu mengubat hati rohani yang sedang lara rindukan tuhan.

duduk di tepi pantai berseorangan dan buka sebesar-besar mata hati kamu dan tika itu kamu bayangkan yang ada disekeliling kamu itu akan lenyap kerana itu adalah waktu yang terakhir kamu akan melihat kebesaran tuhan di atas bumiNYA ini.kali terakhir sahabat.
selepas ini kamu tidak akan dapat mendengar desiran ombak yang tenang, tiupan angin kedinginan, kicauan burung-burung beterbangan bahkan kamu tidak akan dapat melihat terbit dan terbenamnya matahari meninggalkan bumi untuk bergantinya dengan bulan.mungkin terakhir kali sahabat.
pada saat itu fikiran kamu akan menerawang memikirkan 

  Ya Allah, sarat sungguh dosa aku padamu.
  aku malu padamu,Ya Allah.
  malu kerana aku sombong padaMU.
  Aku hamba yang lalai.
  tidak tahu bersyukur. 

 Ya Allah aku tidak kuat tanpa kekuatanMU.
 Aku tidak punya apa-apa, Ya Allah.
 Ya Allah jika aku kehilangan kasih dan sayangMu.
 maka sakitlah aku,rebahlah aku,tanduslah jiwaku.
 hilang puncalah diri ini.Allah.....Allah.......Allah

Ya Allah, sehebat mana manusia itu untuk dijadikan tempat bersandar namun ianya tidak akan             kekal,pudar kian pudar meninggalkan aku.
aku tidak sanggup,Ya Allah 
jika diri ini terus lalai dan Alpa dari mu

Ya Allah, Pimpinlah hati aku
pimpinlah jiwaku
pimpinlah aku, Ya Allah.

sahabat 
biarkan air matamu itu mengalir kerana pengharapan kamu pada -NYA
jangan kamu sekat
kerana sebutir demi sebutir yang jatuh kerana penginsafan kamu pada yang Maha Satu akan melembutkan hatimu.percayalah sahabat
sahabat,
jika kita mampu mengengam erat tangan yang disayangi dengan tersenyum gembira
maka kita lebih mampu mengenggam hati kita untuk yang paling dekat denganmu lebih dekat dari urat lehermu.fikirkanlah.
<muhasabah diri ini yang lebih banyak lupa tentang penciptanya namun ingin berkongsi coretan kerdil besama sahabat yang ada>

buat sahabat ikhwah dan akhowatku yang sukakan kesenian khat mahupun kaligrafi ingin aku kongsikan kunjungan aku ke galeri tersebut  kerana ianya salah tempat yang boleh kita melihat keagungan ALLAH yang mana kelebihan yang ada pada manusia itu adalah milik Allah dan manusia itu perantaraan bagi memperlihat kebesaraNYA.




 ini antara pilihan kesenian khat dan kaligrafi yang ada dan terdapat banyak lagi serta 
 jika bekesempatan terdapat juga secara langsung lukisan da'wah dan khat dihasilkan jika berkesempatan.
 




buat sahabat yang cintakan kesenian islam boleh berkunjung di alamat:
GALLERI ART GHAFUR (tingkat bawah)
SPACE U8 
Persiaran Pasak Bumi, Taman Perindustrian Saujana Indah, 40150 Shah Alam, Selangor



Moga Allah redha
semua sahabat dunia akhirat
WAALLAHUA'LAM
 



 


 

1 comment: