Monday 18 March 2013

Ujian tanda Allah Rindu Kita


Assalammualaikum
selamat petang sahabat-sahabatku
sedang buat apa ?
menelaah pelajaran ataupun sedangkan melepaskan tension setelah suntuk melihat buku ...hehehehehe
buat sahabat yang ada paper besok jangan susah hati sebab kita dah usaha kan
so apa-apa kita perbanyakan doa kita kepada Allah yang senantiasa tunggu doa kita .

erm...untuk entry kali nie  ana nak celoteh pasal pernah tak kita kalau dapat ujian kita gembira dan bersyukur....??? cer tanya diri kita
tapi apa yang ana boleh boleh katakan tidak ramai yang ditimpa ujian mereka akan senyum dan bersangka baik pada Allah .
senang cerita ada si fulan nie pernah satu hari tak ambil test waktu tu memang punya kalut
dan time tu boleh pulak sifulan nie cakap dalam hati dia kenapalah mesti mcm nie?
ha ...dah nampak kat situ kita bersangka buruk kat Allah eeee kejam nye hati waktu
tapi sifulan nie cepat-capat istighfar balik dan tidak bersangka buruk pada Allah
sampai je kat tempat menimba ilmu  si fulan pon redha tapi dia still menangis
kenapa yer?
sebabnya dia kata "AKU MENANGIS SEBAB KALAU AKU BUAT DOSA MCM TINGGAL SOLAT ATAU PUN SEBALIKNYA AKU TAK PERNAH MENANGIS BAGAI NAK RAK MCM SEKARANG NIE SEBAB AKU HANYA TINGGAL TEST JE....pas tu DAH LAH AKU SANGKA BURUK KAT ALLAH .
ha itulah kata yang sempat dirakam...

biarlah diri menjadi puteri yang ridukan kasih tuhan .


 kalau ikut kan kita memang kadang-kadang tidak bersyukur dengan nikmat Allah
bahkan meminta lebih tanpa mahukan kesusahan dan langsung tidak mengingati Allah
apa lah diri ini...... tak boleh  ke diri nie bersyukur?
ketuklah hati kita supaya tersentak dari khayalan semata-mata

sahabat-sahabat nak tahu apa punca utama kepada seseorang itu gagal menerima ujian dari ALLAH ialah
 kerana dia tidak memandang masalah itu sebagai ‘hadiah’ dan ‘pengiktirafan’ dari ALLAH s.w.t kepadanya untuk ‘dinaikkan pangkat’ disisi ALLAH s.w.t sebaliknya memandang masalah tersebut sebagai ‘bala`’ atau ‘malapetaka’.Ternyata persepsi tersebut adalah salah.
 sampai macam tu sekali kita sanggup mengatakan yang ujian Allah bala dan malapetaka . nauzubillahminzalik

Ana ada selitkan satu kata-kata ALLAH pada kita yang mana perlu ke kita persoalkan lagi sedangkan ALLAH dah menjawab persoalan kita

 maksudnya:“Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan berkata: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji?”(Quran 29:2)

tengok sahabat dah terang lagi bersuluh Allah tegur kita tapi ....?????
persoalkan semula pada diri kita 
patutkah kita masih bersangka buruk dengan ujian Allah .

sahabat untuk pengetahuan kita 
pada zaman rasulullah sahabat-sahabat baginda risau sekirannya tidak mendapat ujian 
tapi kita kalau tidak ada ujian ......senyum hingga ke telinga sama lah juga macam diri nie

 Sahabat.


Tanda seseorang itu beriman dan dikasihi ALLAH s.w.t ialah dia sentiasa diuji dengan pelbagai masalah dan dia sentiasa mengadu kepada ALLAH s.w.t akan masalah yang dihadapinya yang menyebabkan dia merasakan tiada pertolongan kecuali daripada ALLAH s.w.t semata-mata.Orang yang mempunyai masalah dan redha,sebenarnya tiada masalah dengan ALLAH s.w.t.,kerana itulah tanda kasih sayang ALLAH s.w.t untuk mengangkat darjatnya di syurga,sebaliknya orang tidak dihimpit masalah dan hanyut dalam kesenangan hiduplah yang mempunyai masalah dengan ALLAH s.w.t.


Mereka tidak merasa akan manisnya iman kerana kemewahan menyebabkan mereka lupa untuk bersyukur dan juga mereka tidak pernah menangis kerana ALLAH s.w.t. Semakin besar ujian seseorang maka semakin tinggi darjatnya disisi ALLAH s.w.t.


RasuluLLAH s.a.w juga diuji walaupun baginda kekasih Allah 

RasuluLLAH s.a.w. turut diuji oleh ALLAH s.w.t. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan kekasih ALLAH. Dalam gerak kerja untuk menyelamatkan ummah dari kegelapan, RasuluLLAH diuji dengan pelbagai ujian oleh ALLAH s.w.t Yang Maha Penyayang.RasuluLLAH dilempar najis, diletakkan perut unta yang disembelih ketika Baginda sedang sujud, diboikot oleh saudara sendiri, diancam bunuh, kehilangan 2 orang yang tersayang sekaligus iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib pada ‘tahun kesedihan’ dan sebagainya. 

Kalau insan semulia RasuluLLAH s.a.w pun diuji tanpa merungut dan redha, mengapa kita pula merungut dan tidak redha dengan ketentuan ALLAH..? Siapa kita..? Adakah kita lebih mulia dari RasuluLLAH..?! Tidak..!! Kita cuma insan dhaif yang dipenuhi dosa..! Lebih-lebih lagi, ujian merupakan hadiah yang paling bermakna daripada ALLAH s.w.t namun kita gagal untuk memahami akan hakikat ini.

Gembiranya sahabat menerima ujian Allah

Sebaliknya kita harus bersyukur kerana ditimpa ujian oleh ALLAH s.w.t,gembira dan redha.Apabila ditimpa sebarang ujian dan musibah katakan dalam hati,"ini tanda ALLAH sayang padaku,terima kasih ALLAH..".

Pandanglah sesuatu itu dari ALLAH s.w.t,termasuklah masalah yang dihadapi dan berusaha sedapat mungkin menyelesaikan masalah tersebut kemudian bertawakkal dengan keyakinan bahawa orang yang bertawakkal akan sentiasa dibantu oleh ALLAH s.w.t.

Saiyidina Umar Al-Khattab r.a,pernah satu hari ditegur kerana beliau kelihatan cukup sedih,ditanya oleh para sahabat ridwanuLLAHi `alaihim mengapa beliau sedih dia mengatakan
“hari ini aku belum lagi diuji oleh ALLAH s.w.t..aku takut andai ada aku melakukan kesilapan sehinnga aku tidak ditimpa ujian..”

Didalam satu lagi peristiwa berasingan,Saiyidina Umar Al-Khattab r.a terjatuh dari kuda yang menyebabkan kepalanya berdarah.Beliau tersenyum sambil menadah tangan bersyukur,para sahabat berasa aneh dengan peristiwa tersebut bertanya kepada Umar r.a akan perihalnya itu.

jawab Umar r.a”bagaimana aku tidak bersyukur dengan kasih sayang yang telah ALLAH tunjukkan kepada ku..?


SubhanALLAH..,betapa tingginya iman Umar Al Khattab r.a,beliau redha dengan seikhlas hati malah bersyukur dengan ujian yang dihadapi dan berasa bersalah seandainya tidak menerima ujian oleh ALLAH s.w.t..
ALLAH love us.so don't worry
wahai sahabatku 
cuba kita bayangkan setiap masa ALLAH merindui kita dengan memberi kita UJIAN 
namun kita melemparkan rindu ALLAH itu bagaikan satu beban yang tidak sepatutnya kita yang memikulnya 
sedih hati ini kadang-kadang mengabaikan rindu sang pencipta pada hambanyya 
ala ...macm kalau kekasih rindukan kekasihnya
bagaimana ekspresinya mestilah dibalas dengan seribu kemanisan 
so ...mcm tulah juga kita nak balas rindu ALLAH 
dengan gembira menerima ujian bagaikan menerima ketenangan yang abadi.


 erm....ana rasa mungkin sampai sini kota entry kali nie
harap sama -sama kita muhasabah diri nie serta sahabat-sahabat juga
jangan lupa senyum kalau ada masalah itu tanda ALLAH sedang rindu kita
dan tempuhi nye dengan baik
semoga ALLAH  mendengar luahan hati nie .:)

 wallahualam
ASSALAMMUALAIKUM :)

2 comments:

  1. Adakah Allah rindu pada makhluk? Apakah sifat 'rindu' ada pada Allah? Seolah Allah memerlukan sesuatu padahal maga suci Allah daripada memerlukan sesuatu bahkan makhluk yang memerlukan Allah. Mohon penjelasan.

    ReplyDelete