Sunday 12 May 2013

Rezeki baru :) But still cover enti punya aurah


Assalammualaikum......
for the next entry nie ana nak share sikit apa yang diperolehi hari ini
Alhamdulillah dapat jugak baju baru hasil duit sendiri bukan pinjaman ye,
sekali-sekala nak merasa tapi yang penting jangan membazir
kan membazir amalan syaitan. betul tak?
mungkin sebenarnya tak perlu kot nak di share,tapi sebagai tips kepada semua ianya juga akan jadi bermanfaat walaupun sebenarnnya ramai yang dah tahu sebenarnya terutama dalam tatacara kita memilih pakaian.memang sekarang fesyen serta gaya muslimah semakin menjadi-jadi termasuk diriku ini namun ianya perlu dikawal dan dijaga jangan sampai melampaui batas.

contoh dalam pemilihan jubah pon kita kena tengok terutama kain .sudah menjadi trend kain yang paling popular ialah jenis Lycra.Ana teringat ada seorang ustazah yang juga merupakan ustazah di TV9 yang mana beliau juga ada menjalankan perniagaan secara talian .Beliau kata barangan beliau yang berunsurkan Lycra hanya dijual pada orang bertubuh kecil dan kurus sahaja kerana mengikut apa yang sepatutnya pemakaian yang masih menampakan  bonjolan adalah sama seperti tidak menutup.Namun mereka yang bertubuh besar jangan risau masih boleh nampak bergaya antara material yang sesuai ialah kain jenis chiffon namun AWAS!!!! pastikan ada lining yang tebal yang tidak bisa menampakan apa yang ada.Selain itu jenis kain yang tidak strechable sangat sesuai untuk membuat pakaian berbanding Lycra.


 Snap-snap untuk tatapan semua....sharing is caring:)


ha...nak share sikit lah dress nie diperbuat daripada chiffon dan selesa dipakai tidak jarang sebab  ada lining tapi kalau warna yang cerah macam nie lebih better pakai seluar sebagai langkah keselamatan . baju nie saiz XL tapi macan diri ini terlampau tinggi so kena pastikan jubah kita nie tak singkat dan janganlah sampai sapu lantai,kena balance kan islam nie sederhana.



 so,dress ana beli di http://www.zawara.com .ehem....ehem ...bukan orang kaya or sebagainya tapi ana nak tunjukkan kualiti yang ada pada zawara sangat bagus dan mengikut kehendak pelanggan tapi kita sebagai muslimah ikutlah cara pemakaian yang betul dan apa yang digariskan dalam Al-quran. First impression masuk kedai dia ....Ana tengok harga paling mahal RM 200 dan biasa Rm 80 jadi dress yang dibeli nie harga bawah RM 100 jadi kira oklah tu tapi mengeletar juga tangan{sekali-sekala}. tapi yang penting cover our aurah not balut your aurah,right? yang penting Allah suka :).Tapi dress nie juga boleh di aspirasikan lagi bagi sesiapa yang minat kepada rekaannya yang simple tapi halal
dan suci..HOHOHO.faham maksud ana ye.:)




satu lagi nak puji sebab dia ada cekak pada tangan so no need to wear handsock tapi yang tak biasa mestilah pakai handsock sebabnya rasa macam banyak angin je masuk kat tangan kalau tak pakai handsock dan janggal.....bagi yang tak biasalah. so, ini memudah para muslimah kalau angkat tangan tak perlu risau lagi sebab sudah dicekak tanganya .yang  menyerikan lagi sebab ada lace kat tangan dia dan menaikkan lagi kecantikan dress tu tapi yang tidak melampau.Dress nie sesuai untuk orang yang tidak suka kepada kemeriahan . lagipun pakaian yang berlebihan pon tidak di benarkan dalam islam cukup lah sekadar kita memakai pakaian yang tidak melupakan diri ini pada yang Esa pemberi segala nikmat.Alhamdulilah :

sebelum tutup cerita ana nak share  kata -kata Allah pada kita yang Allah peringatkan pada semua wanita islam di alam semester ini termasuk diriku yang lemah ini.

firman Allah:

surah al-ahzab:59  




Kalau cinta dan taatkan Allah FOLLOW ...tapi kalau UNFOLLOW apa yang Allah pesan.sorry saya pon manusia yang hanya mampu berdoa untuk semua termasuk diri ini.Ingat sahabat ayatullah ini bukan gurauan atau sendaan tapi benar lagi nyata.Allah pesan bukan ana reka :)

cukup sekadar seluruh badan dan yang sudah mampu dan kuat, tutuplah wajah mu walaupun ianya bukan tuntutan.sucikan niat

 jom sahabat-sahabat kita cuba renung diri kita agar kita tidak mudah tercicir daripada jalan Allah walaupun perkara yang kecil sekalipun.harap maaf sekiranya ada yang tersilap dan sila tegur terutama dari segi penggunaan ayat Al quran dan hadis serta hukum-hakam.:)

so sampai sinie je entry hari nie .kalau sudi baca kalau tak takpe lain kali kan ada.
selamat bekerja dan ke kelas esok
bangun awal tapi jangan terlepas subuh.Insya-Allah :)