Sunday 13 July 2014

ALLAH, PLEASE HOLD MY HEART

Assalammualaikum
Allahumasoliala sayyidina Muhammad s.a.w 3x

Ayuh sahabat kita istighfar sebentar mengenangkan diri kita yang banyak melakukan kekhilafan terutama kepada maha pencipta.
Bila kita melihat sesuatu yang mampu menenangkan hati itu bermakna ianya hadir kerana Allah itu dekat dengan kita.Setiap perkara mahupun sesuatu yang Allah hadirkan pada kita itu kerana DIA mahu kita melihat apa yang tersirat dan tesurat di sebalik kehadiran yang mendekati pada hambaNYA yang di kasihi. 

semua sahabat aku mahupun ikhwah dan akhowat sekalian fikirkan tentang sesuatu yang mampu mengubat hati rohani yang sedang lara rindukan tuhan.

duduk di tepi pantai berseorangan dan buka sebesar-besar mata hati kamu dan tika itu kamu bayangkan yang ada disekeliling kamu itu akan lenyap kerana itu adalah waktu yang terakhir kamu akan melihat kebesaran tuhan di atas bumiNYA ini.kali terakhir sahabat.
selepas ini kamu tidak akan dapat mendengar desiran ombak yang tenang, tiupan angin kedinginan, kicauan burung-burung beterbangan bahkan kamu tidak akan dapat melihat terbit dan terbenamnya matahari meninggalkan bumi untuk bergantinya dengan bulan.mungkin terakhir kali sahabat.
pada saat itu fikiran kamu akan menerawang memikirkan 

  Ya Allah, sarat sungguh dosa aku padamu.
  aku malu padamu,Ya Allah.
  malu kerana aku sombong padaMU.
  Aku hamba yang lalai.
  tidak tahu bersyukur. 

 Ya Allah aku tidak kuat tanpa kekuatanMU.
 Aku tidak punya apa-apa, Ya Allah.
 Ya Allah jika aku kehilangan kasih dan sayangMu.
 maka sakitlah aku,rebahlah aku,tanduslah jiwaku.
 hilang puncalah diri ini.Allah.....Allah.......Allah

Ya Allah, sehebat mana manusia itu untuk dijadikan tempat bersandar namun ianya tidak akan             kekal,pudar kian pudar meninggalkan aku.
aku tidak sanggup,Ya Allah 
jika diri ini terus lalai dan Alpa dari mu

Ya Allah, Pimpinlah hati aku
pimpinlah jiwaku
pimpinlah aku, Ya Allah.

sahabat 
biarkan air matamu itu mengalir kerana pengharapan kamu pada -NYA
jangan kamu sekat
kerana sebutir demi sebutir yang jatuh kerana penginsafan kamu pada yang Maha Satu akan melembutkan hatimu.percayalah sahabat
sahabat,
jika kita mampu mengengam erat tangan yang disayangi dengan tersenyum gembira
maka kita lebih mampu mengenggam hati kita untuk yang paling dekat denganmu lebih dekat dari urat lehermu.fikirkanlah.
<muhasabah diri ini yang lebih banyak lupa tentang penciptanya namun ingin berkongsi coretan kerdil besama sahabat yang ada>

buat sahabat ikhwah dan akhowatku yang sukakan kesenian khat mahupun kaligrafi ingin aku kongsikan kunjungan aku ke galeri tersebut  kerana ianya salah tempat yang boleh kita melihat keagungan ALLAH yang mana kelebihan yang ada pada manusia itu adalah milik Allah dan manusia itu perantaraan bagi memperlihat kebesaraNYA.




 ini antara pilihan kesenian khat dan kaligrafi yang ada dan terdapat banyak lagi serta 
 jika bekesempatan terdapat juga secara langsung lukisan da'wah dan khat dihasilkan jika berkesempatan.
 




buat sahabat yang cintakan kesenian islam boleh berkunjung di alamat:
GALLERI ART GHAFUR (tingkat bawah)
SPACE U8 
Persiaran Pasak Bumi, Taman Perindustrian Saujana Indah, 40150 Shah Alam, Selangor



Moga Allah redha
semua sahabat dunia akhirat
WAALLAHUA'LAM
 



 


 

Thursday 10 July 2014

REMAJA AKU,REMAJA DIA

Assalammualaikum
Allahumasoliala sayyidina Muhammad s.a.w 3x

Sebelum diri ini memulakan coretan yang kerdil, ayuh sahabat kita istighfar kerana kita tidak sempurna yang sarat dengan dosa.
Entri yang ingin aku coretkan kali ini adalah zaman aku dan zaman dia



Suasana yang penuh aman dan damai dalam kehidupan remajaku
aku melihat kehidupan dunia dengan senyuman, bila aku menangis meminta sesuatu maka tanpa bertangguh aku perolehinya
aku juga mampu berjalan di atas muka bumi dengan rasa aku bebas dan bisa berlari sejauh mana aku ingin pergi tanpa ada sebarang gangguan.
aku ada pakaian yang cantik malahan baru, 
aku bisa menikmati makanan kegemaran aku tanpa ada sebarang kesulitan
aku juga bisa melihat rancangan kegemaranku bersama rakan sebayaku dengan penuh keseronokan
bila aku sedih aku ada tempat untuk meredakan kesedihan itu
bila aku rindu ibu dan bapaku, aku bisa menelefonnya malahan aku bisa memeluknya dengan erat bila ada di hadapan mataku.
Aku juga bisa menikmati alam persekolahan bersama teman-temanku
zaman aku sungguh indah,indah dengan butaan dunia semata
namun adakah aku menghargai semua itu?
masa lapangku adakah mampu untuk aku sumbangkan untuk agamaNYA
masa senangku adakah dimanfaati untuk agamaNYA
diri aku tidak disakiti, namun kenapa aku selalu mengalah?
diri aku tidak ditakuti, namun mengapa sering lari dari segala masalah itu dan memilih jalan buntu?
itulah remajaku penuh kelekaan,aku mengaku.....penuh diulit dunia yang fana'

kehidupan dia sengsara di mataku,
namun padanya indah
kerana apa?katanya"syurga sedang menunggu aku,kamu usah risau aku bahagia dan selalu titipkan doamu untuk diriku dan semua yang bersamaku,engkau akan melihat aku senyum.
aku sedih melihat makan dan pakainya dan  jika aku sudah tidak keruan lagi
namun padanya sudah mencukupi dan sempurna buatnya
kerana apa?katanya"pakaian ini akan bersamaku dan menjadi bukti betapa mahal syurgaNYA,
dan biarlah engkau melihat aku makan hanya sedikit di sini namun aku pasti kekenyangan itu akan kuperolehi bila aku sudah mencium bau syurgaNYA.
aku akan lebih terasa jika dalam zaman aku bisa memeluk erat ibu dan bapaku, namun zaman dia tidak merasai itu semua.
namun padanya bahagia
kerana apa?"keluargaku akan bersatu dan tika itu pelukan itu erat selamanya di SANA.
bagaimana zaman persekolahan dia jika suasana yang porak peranda
"usah risau pendidikan yang aku terima adalah sangat hebat walaupun tidak setenang  di tempat kamu"pendidikan aku tentang Aqidah,pendidikan aku tentang mentauhidkan Allah,pendidikan aku sejarah sambungan Rasulullah.
memangku melihat zaman dia di sakiti,dilukai
memangku melihat saban hari zaman dia menangis,
memangku melihat zaman dia tidak punya masa bersuka ria bersama teman-teman
namun hakikat sebenarnya zaman dia adalah zaman yang cukup sempurna 
zaman dia zaman yang penuh dengan kelapangan yang sungguh bermanfaat
zaman dia tidak dibutakan dengan keseronokan dunia
zaman dia sungguh berharga.

                                                                          Penghuni syurga



                     keluarga Ibrahim Hamad, kesemua ahli keluarga mereka telah syahid di Beit Hanoun



sahabat itu zaman aku dan zaman dia.
coretan dari lubuk hati yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya
kemampuanku terbatas,namun Allah maha adil lagi penyayang 
maka berdoalah dengan penuh rasa kehambaan



apa yang tertulis di sini bukan milik aku akan tetapi gerakan jariku adalah kekuatan daripada Allah maka itu semua milikNYA
Jaga kekuatan rohani kita dengan ibadah yang khusyuk padaNYA......sedikit-sedikit namun istiqhomah

.

LINKS INFORMASI:
https://www.facebook.com/muslimcaremalaysia?fref=ts
https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial?fref=ts

semua sahabat dunia akhirat
WALLAHUA'LAM



Tuesday 8 July 2014

N.I.K.M.A.T

Assalammualaikum.
Allahumasoliala sayyidina Muhammad s.a.w 3x

Sahabat sebelum kalian membaca ENTRY kali ini, istighfarlah kita terlebih dahulu
mungkin juga ada kesilapan yang kita terlepas pandang 
namun sekurang-kurangnya kita merasakan kita ini hamba yang sarat dengan dosa 
dan merendah diri lah kepada Allah yang mengurniakan pelbagai macam ni'mat yang kadang-kadang kita terlupa untuk syukuri.
Aku ingin berkongsi sedikit cerita yang bukan kepunyaan namun ianya adalah kepunyaan ilahi yang diberikan kepada aku untuk aku sedar dan mungkin menyentuh hati kecil ku ini tentang ni'mat kebesaran-NYA.
Pada malam itu aku tidak mampu melelapkan mataku ini sehingga kesubuhnya.
apa yang aku lakukan dengan mengemas dan mempersiapkan diri untuk di hantar oleh ayahku ke stesen keretapi elektrik yang berdekatan dengan rumahku di Kelana Jaya.
usai aku  sampai ke stesen cempaka sambil menunggu sahabatku mengambilku,lantas aku duduk di tempat yang disediakan sambil bersarapan secara ala kadar.
mataku melilau mencari kelibat sahabatku jika mereka sudah datang untuk menjemputku namun masih tiada.
Namun dalam penungguanku itu Allah mengisi masa aku sebentar dengan menunjukkan kebesaran-NYA kepadaku.Apa yang aku terlihat ialah seorang pak cik yang berbangsa cina yang mana dia telah kehilangan ni'mat penglihatan dan waktu itu aku mahu menitiskan air mata kerana tiada satu manusia pun menghiraukannya dan membiarkan dia berdiri tanpa diberikan tempat duduk.
lalu ada seorang lelaki datang dan mendEkatinya lalu bertanya ''pak cik nak pergi mana.naik bas no berapa?" tanya pemuda itu. lalu pak cik itu menyuarakan no bas itu yang samar-samar aku dengari. 

pemuda itu meninggalkan pak cik itu setelah mengetahui bas ingin di naiki pak cik itu belum siap untuk bergerak.aku tidak sampai hati melihat pak cik itu berdiri dalam tidak mengerti apa-apa mungkin perasaan aku.Lalu aku mendekati dan mengajaknya duduk.pak cik itu pun duduk sambil menunggu dan waktu itu aku berfikir :
"zulaika, kau punya mata.macam mana perasaan pak cik itu kerana matanya tidak bisa melihat
ketika itu aku tidak terkata dan air mataku mahu menitis tapi aku tahan kerana perasaan simpati bercampur betapa bertuah diri yang lagi hina ini masih ada mata yang  bisa melihat keindahan ciptaan tuhan yang tidak terhingga itu.
sehingga tiba sahabatku sampai aku tidak sampai hati ingin meninggalkan pak cik itu namun disebelahnya ada seorang perempuan cina muda yang aku minta tolong padanya untuk menunjukkan bas yang patut di naiki pak cik itu dan aku berharap wanita cina iu membantu pak cik itu.



sahabat kita punya mata yang masih bisa melihat kebesaran-NYA
maka gunakan ni'mat itu sebaik yang mungkin sebelum pemiliknya mengambilnya semula.
Lihatlah sesuatu yang mampu mengingatkan kalian kepada Allah dan mampu menginsafkan diri supaya sentiasa bersyukur dan bersyukur

perasaan ku tika itu pada siapa dia meminta pertolongan sedang aku dalam ni'mat islam
aku punya Allah 
tempat aku mengadu,memohon pertolongan
tempat aku menceritakan segala isi hati ini
sedangkan pak cik itu bagaimana dia mengharungi kehidupannya 
 namun aku tahu Allah lebih mengetahui tentang apa yang diciptakan.


sahabat kalian punya fizikal yang baik maka berbaktilah untuk jalan-NYA
sahabat dan diri ini usahlah kita sombong bahkan mendabik dada dengan apa yang kita ada sedang yang ada itu akan pulang jua bila tiba panggilan-Nya...TUNGGU PENANTIANYA

pandangan yang indah ialah pandangan yang senantiasa memandang kebesaran yang diciptakan tuhan bahkan menundukkan diri dari hawa nafsu yang lemah lagi penuh dengan kehinaan ini bagi mencari Redha-Nya.

mata yang terpelihara bakal melahirkan pandangan yang suci 
mata yang berzikir pada penciptaNya bakal menundukkan pandangannya
mata yang jujur tidak akan sesekali mudah menuturkan sesuatu yang palsu
namun mata itu adalah hati kamu
jika mata kamu berbisa
maka menanahlah hati kamu.

sahabat setiap barisan kata yang ditulis ini bukan milik aku tapi Dengan izin kekuatannya DIA benarkan aku menulisnya .
Ya Allah, Ampunilah diri yang lemah lagi hina ini 
aku tidak punya apa-apa hanya aku menagih rahmat kasih dan sayangmu
sebagaimana engkau memeliharaku sejak aku dalam kandungan ibuku sehingga aku menjadi manusia unuk memakmurkan bumiku

sahabat renungkanlah.<muhasabah diri ini juga namun aku ingin dimanfaati bersama kerana syurga bukan hanya untuk aku seoarang akan tetapi untuk semua sahabat yang aku kenali mahupun tidak >

semua sahabat dunia akhirat :)

WALLAUA'LAM