Saturday, 29 June 2013

Ku Ingin Jumpa Dengan Insan Ini.?

Assalammualaikum
untuk entry kali ni ana nak share pada sahabat tentang siapa yang ana ingin jumpa .siapkah insan itu?
walaupun jauh di mata namun dekat di hati
Beliau bukan malaikat namun beliau insan biasa yang sangat taat dan tawadho' kepada Allah dan rasul.Bila ana tengok wajah beliau ana rasa sedih dan terharu dan tahap ingin jumpanya secara realiti adalah sangat menebal namun rindu pada Allah dan Kekasih Allah adalah paling utama .
Ana hanya dapat melihat bual bicara dan fotonya hanya melalui internet mahupun sekeping kertas sahaja . sikap beliau yang  sederhana dan merendah diri membuat semua orang menyenanginya . bila difikirkan betapa untungnya mereka yang mudah berjumpa dengan beliau .namun akan ku kecapi impian ku tidak lama lagi bersama Nur Atiqah Zulkifli dan sahabat yang lain .doakan Aku.


                                                 RESPECT HIM : TUAN GURU NIK AZIZ

Beliau merupakan pemimpin yang sangat zuhud dan merupakan contoh kepada pemimpin lain . bila bertemu dengan ulama' ianya sedikit sebanyak memuhasabah diri kita mengenangkan dosa yang pernah kita lakukan .Ini baru ulamak belum rasulullah mungkin tak terkata dek mulut ini hanya mampu menadah syukur. 'Ya Allah Ampunilah hambamu ini yang banyak melakukan dosa kepada MU '.

oklah sampai sini saja entry kali nie .harap sahabat doakan untuk berjumpa dengan insan ini
maaf kalau tersilap dan salah
wallahu'alam
Assalammualaikm












No comments:

Post a Comment